Feb 21, 2012

Crochet untuk hiasan meja


Projek hujung minggu yang lepas. Ini lah hasil nya.
Saya guna ni utk alas telefon di pejabat a.k.a hiasan untuk menceriakan meja ku.

Hehehe....

Apr 29, 2009

Projek tempahan manik

Baju kurung ni kak wa punyer (member kat RHB). Dia saje nak letak manik sbb nak pakai pegi kenduri.
Yang merah aku design cam bunga2 skit.


Yang biru cuma manik kat tangan..simple tp kemas. Adik ku intan yang tolong jahit kan. tq

Nov 28, 2008

Bersama Rakan2 RHB Ins

Kiri Atas : Hani, Nad, Iza, Kak Tina, Misa, Kak Siti, Sabrena, Kak Azua, Kak Yana, Kak Rus
Kiri Bawah : Zima, Opah, Zura, Ujie
Occasion : Jamuan Hari Raya Port Luck RHB Insurance 2008
Sayang u all...muah!!!!


Nov 26, 2008

Manik Pada Bunga Baju Batik

Baju glamer kak wa..(Nov 2008)

Oct 8, 2008

SELAMAT HARI RAYA 2008

Kami adik beradik bergaya dengan baju raya masing...



Maaf Zahir & Batin

Sep 2, 2008

Salam Ramadhan 2008


Jun 16, 2008

Aktiviti Seimbang

Apr 4, 2008

RESEPI : Hidangan Istimewa Pengantin

Petikan dari http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1496088



Kerutub Ayam:



Bahan
1 ekor ayam [1.5 – 2.0 kg]
80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]]
800 ml santan [ 1 biji kelapa]
30 gm gula merah
30 gm kerisek
80 ml minyak untuk menumis

bahan kisar
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.



Nasi Warna Warni


Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi [basuh dan toskan]
1 liter air
100 ml susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
60 gm minyak sapi
60 gm majerin
80 gm kismis

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 cm halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]

Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.